Selasa, 21 Ogos 2012

Obor Dan Sukan Olimpik (Sihir Dajjal Laknatullah)

Assalamualaikum pambaca setia. Around pukul 12.51am dan aku masih lagi tak boleh tido. Dalam diam2 aku belek keratan kawan2 aku,aku terjumpa keratan yang paling menarik hari ini. Ia berkenaan dengan sukan yang baru2 ni berlansung dan dah habis dah pon...nak tau apakah yang special sangat tu? Sila baca dibawah :-

Semenjak dinyalakan obor Sukan Olimpik di London, maka kekuatan sihir telah ditambah dan menjadi semakin kuat kerana mendapat campurtangan secara langsung daripada Dajjal laknatullah

BERITA GHAIB..
Semenjak dinyalakan obor Sukan Olimpik di London, maka kekuatan sihir telah ditambah dan menjadi semakin kuat kerana mendapat campurtangan secara langsung daripada Dajjal laknatullah. Termasuk di dalam sekutu-sekutu Dajjal laknatullah dalam menebarkan sihir ke seluruh alam terutama ke atas umat Islam dan khususnya ke atas pejuang-pejuang Islam yang yakin dengan kedatangan Imam Mahdi, mereka adalah terdiri daripada para Rabbai Yahudi Orthodox di Israel, Paderi-paderi dan rahin Kristian bermazhab Katholik, sami-sami penyembah berhala, tok-tok bomoh dan mereka yang mengamalkan ilmu kebatinan tanp
a pimpinan mursyid yang haq.

Ingin dimaklumkan di sini bahawa sesiapa yang tidak bermursyid sebelum ini, apabila tibanya masa untuk kemunculan Dajjal laknatullah atau pun Pope Petrus Romanus, maka secara automatik mereka akan menjadi pengikut dan tentera Dajjal laknatullah. Ramai yang masih tidak sedar bahawa ada di antara mereka telah pun menjadi pengikut Dajjal laknatullah. Ini kerana bukan semua orang dapat mengesan cop mata satu yang terdapat pada dahi mereka yang belum bermursyid. Hanya mereka yang berbaiah denga mursyid dan menangis bertaubat atas dosa-dosa mereka yang mampu memadamkan cop mata satu di dahi-dahi mereka itu.

Kini, pengamal-pengamal perubatan Islam yang tidak bermursyid atau bertareqat, maka segala "power' rawatan mereka akan dipintas oleh Dajjal laknatullah yang menjadikan rawatan mereka itu berasaskan sihir sekali pun mereka kata mereka menggunakan ayat-ayat Al Quran. Air-air penawar mereka akan menjadi racun dan bisa yang akan memburukkan lagi pesakit-pesakit yang terkena gangguan makhluk-makhluk halus seperti jin dan sy aitan. Hanya pengamal-pengamal perubatan alternatif Islam yang bermursyid sahaja yang masih dapat mengekalkan "power" yang mereka ada tanpa campurtangan sihir Dajjal laknatullah, sebab berkat guru-guru mursyid mereka yang bertaraf wali Allah.

Ramai yang tidak sedar bahawa mereka telah disihir sama ada dengan sihir halus atau pun dengan sihir berat atau pun kedua-duanya sekali. Bagi mereka yang sedar tentang perkara-perkara ini, berhati-hatilah dalam memilih perawat atau pusat rawatan. Bagi mereka yang masih meng"akal-akal"kan perkara ini atau cuba melogikkan perkara-perkara ini, maka malanglah nasib mereka. Selepas ini, akan kedengaran semakin ramai manusia sama ada muslim atau pun kafir yang akan terkena gangguan makhluk-makhluk halus.

Maka bermulalah peperangan sihir dan karamah yang akan berterusan sehingga era zahirnya Dajjal laknatullah nanti. Semoga Allah SWT menyelamatkan kita semua dengan berkat Nur Muhammad, Sayidina Mahdi A.S dan guru-guru mursyid semua.




Amcam dengan apa yang aku siarkan pada hari ini??menarik kan??kalau nak tau lagi aku akan tuliskan pada korang pada lakaran akan datang. Harap korang dapat bersabar..sekian terima kasih.

Sabtu, 11 Ogos 2012

Perfect World International

   Salam pada pembaca laman blog aku yang tak seberapa hebat nie. Hari nie aku nak tunjukkan korang apa yang aku buat selama aku tak menulis blog nie..

   
   Korang penah tak dengar nama permainan nie??? nie la Perfect World International yang sampai buat aku tak menulis lama kat blog aku nie hehe. Nie salah satu permainan online yang ada kat dalam malaysia nie..dan kalau korang nak tau game nie orang Malaysia gak yang mereka cipta (^_^)
   Kat dalam game nie mmg macam2 bangsa dah keturunan ko boleh jumpa. Dari pelbagai negara sampai la negara kita pon ada main game nie. 


   Nie la Charector aku masa mula2 main sampai skg nie..dia nie jenis dari golongan EarthGuard yang mana dia nie kira dari golongan dewa..kira macam bunian la kalau dalam dunia kita nie. Earthguard nie plak ada 2 jenis,yang nie jenis Seeker. Mempunyai corak serangan jarak dekat dan sederhana jauh yang membenarkan seeker nie menjadi Tanker (serang paling depan) atau DD (Damage Dealer) pada setiap pasukan. Senang cakap seeker nie leh serang dekat dengan jauh la..kalau budak baru belajar boleh la pakai nie kalau 50/50 takut nak serang dekat.

   Seeker nie kalau dalam level2 tanker,dia nie jatuh nombor 2 la..sebab ada satu lagi Charector yg paling kuat jarak dekat. Nama dia Barbarian. Dengar nama pon dah tau dia nie mmg kuat macamana kan..dia nie kepala binatang dalam setiap kejadian dia. Ada yg kepala harimau,ada kepala panda haha..tapi kuat dia adoiiii..sakit kalau kena hehe..
   Tapi kita lupakan Barbarian nie sebab aku nak citakan pasal Seeker dulu hehe. Dalam game nie, setiap Charr kita ada Power yang tersendiri..mcm seeker nie dia ada power yg unik sikit dari yg lain. Seeker ada kelebihan AOE skill yang mana AOE nie kalau dia serang pada satu serangan sahaja boleh buat semua yang ada dalam range terkena serangan tu..kalau lagi ramai ada kat situ lagi sakit la kena. Pernah satu kejadian tu,aku dah boss2 aku gi la lawan Boss Dalam Gua 51 (kod nie kalau korang main nanti tau la hehe)..Nama Boss tu Wyvern. Dia nie ada Aoe Skill..sekali dia hentak semua mati dengan Boss2 aku skali mati..aku jadi pelik..???...kenapa nie???apa dah jadi??? Dari situ la aku belajar apa itu AOE skill.dan Seeker nie pon ada Aoe skill macam Boss yang aku ckp nie..tu la menjadi kelebihan dia selaku Seeker hehe..

   Dah habis pasal Aoe skill..nie nak korang tgk la serba sedikit pasal game nie..aku bagi dengan gambar2 skali supaya korag leh tgk macamana Grafik line dia...penggemar game mmg gila benda2 nie..gambo tak cantik sapa nak main kan hehehe..