Selasa, 21 Ogos 2012

Obor Dan Sukan Olimpik (Sihir Dajjal Laknatullah)

Assalamualaikum pambaca setia. Around pukul 12.51am dan aku masih lagi tak boleh tido. Dalam diam2 aku belek keratan kawan2 aku,aku terjumpa keratan yang paling menarik hari ini. Ia berkenaan dengan sukan yang baru2 ni berlansung dan dah habis dah pon...nak tau apakah yang special sangat tu? Sila baca dibawah :-

Semenjak dinyalakan obor Sukan Olimpik di London, maka kekuatan sihir telah ditambah dan menjadi semakin kuat kerana mendapat campurtangan secara langsung daripada Dajjal laknatullah

BERITA GHAIB..
Semenjak dinyalakan obor Sukan Olimpik di London, maka kekuatan sihir telah ditambah dan menjadi semakin kuat kerana mendapat campurtangan secara langsung daripada Dajjal laknatullah. Termasuk di dalam sekutu-sekutu Dajjal laknatullah dalam menebarkan sihir ke seluruh alam terutama ke atas umat Islam dan khususnya ke atas pejuang-pejuang Islam yang yakin dengan kedatangan Imam Mahdi, mereka adalah terdiri daripada para Rabbai Yahudi Orthodox di Israel, Paderi-paderi dan rahin Kristian bermazhab Katholik, sami-sami penyembah berhala, tok-tok bomoh dan mereka yang mengamalkan ilmu kebatinan tanp
a pimpinan mursyid yang haq.

Ingin dimaklumkan di sini bahawa sesiapa yang tidak bermursyid sebelum ini, apabila tibanya masa untuk kemunculan Dajjal laknatullah atau pun Pope Petrus Romanus, maka secara automatik mereka akan menjadi pengikut dan tentera Dajjal laknatullah. Ramai yang masih tidak sedar bahawa ada di antara mereka telah pun menjadi pengikut Dajjal laknatullah. Ini kerana bukan semua orang dapat mengesan cop mata satu yang terdapat pada dahi mereka yang belum bermursyid. Hanya mereka yang berbaiah denga mursyid dan menangis bertaubat atas dosa-dosa mereka yang mampu memadamkan cop mata satu di dahi-dahi mereka itu.

Kini, pengamal-pengamal perubatan Islam yang tidak bermursyid atau bertareqat, maka segala "power' rawatan mereka akan dipintas oleh Dajjal laknatullah yang menjadikan rawatan mereka itu berasaskan sihir sekali pun mereka kata mereka menggunakan ayat-ayat Al Quran. Air-air penawar mereka akan menjadi racun dan bisa yang akan memburukkan lagi pesakit-pesakit yang terkena gangguan makhluk-makhluk halus seperti jin dan sy aitan. Hanya pengamal-pengamal perubatan alternatif Islam yang bermursyid sahaja yang masih dapat mengekalkan "power" yang mereka ada tanpa campurtangan sihir Dajjal laknatullah, sebab berkat guru-guru mursyid mereka yang bertaraf wali Allah.

Ramai yang tidak sedar bahawa mereka telah disihir sama ada dengan sihir halus atau pun dengan sihir berat atau pun kedua-duanya sekali. Bagi mereka yang sedar tentang perkara-perkara ini, berhati-hatilah dalam memilih perawat atau pusat rawatan. Bagi mereka yang masih meng"akal-akal"kan perkara ini atau cuba melogikkan perkara-perkara ini, maka malanglah nasib mereka. Selepas ini, akan kedengaran semakin ramai manusia sama ada muslim atau pun kafir yang akan terkena gangguan makhluk-makhluk halus.

Maka bermulalah peperangan sihir dan karamah yang akan berterusan sehingga era zahirnya Dajjal laknatullah nanti. Semoga Allah SWT menyelamatkan kita semua dengan berkat Nur Muhammad, Sayidina Mahdi A.S dan guru-guru mursyid semua.




Amcam dengan apa yang aku siarkan pada hari ini??menarik kan??kalau nak tau lagi aku akan tuliskan pada korang pada lakaran akan datang. Harap korang dapat bersabar..sekian terima kasih.

Tiada ulasan: